Friday, 30 December 2011

3 Teknik Menjaga Kesihatan Payudara

Nov 09 2011 Published by admin under Kesihatan
3 Teknik Menjaga Kesihatan Payudara
1. LIHAT
  • BAGAIMANA MELIHAT PERUBAHAN PADA PAYU DARA?
    Sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payudara di cermin.
  • Letakkan tangan di sisi.
  • Angkat kedua tangan ke atas kepala anda.
  • Letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan.
2. Rasa
BAGAIMANA MERASA PERUBAHAN PADA PAYU DARA?
  • Rasa setiap payu dara.
  • Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan.
  • Gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak.
  • Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi.
3. RESPON
DAPATKAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA TERDAPAT
TANDA-TANDA PENYAKIT PAYU DARA
  • Perubahan warna dan tekstur.
  • Perubahan bentuk dan saiz payu dara.
  • Lelehan yang tidak normal dari puting.
  • Sakit payu dara yang berterusan.
  • Terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara.

No comments:

Post a Comment