Mustard | Herba Untuk Merawat Masalah Sendi
Mustard | Herba Untuk Merawat Masalah Sendi

Mustard adalah sejenis herba dan rempah paling tua dan paling banyak digunakan. Mustard tergolong dalam beberapa spesies tanaman dalam genus Brassica dan Sinapis. Tetapi jangan keliru antara herba mustard dengan perasa mustard.
Perasa mustard mendapat nama hasil daripada biji mustard itu sendiri yang telah dijadikan pes dan dicampurkan dengan musta (jus anggur atau buah-buahan lain sebelum ia mengalami penapaian). Biji mustard juga boleh dikisar menjadi minyak mustard, dan daunnya sedap dibuat ulam.
Dikenali juga sebagai biji sawi dalam masyarakat Malaysia, herba mustard ini telah digunakan sejak 3000 tahun lalu sebagai ramuan perubatan. Mustard tergolong dalam tiga jenis bentuk iaitu mustard putih, mustard hitam, dan mustard coklat.
Mustard putih mempunyai daun yang diselaputi dengan lapisan kasar kecil. Bunganya terletak dalam bentuk gugusan, dan buahnya mempunyai pod berbentuk panjang. Dalam setiap pod, terdapat enam biji mustard berwarna putih kekuningan. Tidak seperti mustard putih, jenis mustard hitam mempunyai biji berwarna merah kecoklatan berbentuk sfera.
Podnya berwarna hitam dan mengandungi sehingga 12 biji mustard daripada warna coklat sehinggalah hitam. Mustard hitam mempunyai rasa pedas yang kuat. Mustard coklat hampir sama rupanya seperti jenis mustard hitam. Namun begitu, daunnya lebar dan bulat pada bawah dan menjadi nipis pada hujungnya. Warna bijinya berbeza daripada coklat terang sehinggalah gelap. Ia lebih pedas dariada mustard putih tetapi kurang pedas daripada jenis hitam.
Disebabkan kehadiran musilaj, mustard mempunyai kesan penjulap. Biji mustard putih memiliki kesan ringan, menjadi sumber minyak vegetal dan sumber terbaik protein, kalsium, magnesium, dan kalium. Apabila mustard dicampurkan dengan air panas, ia mempunyai kesan meningkatkan tekanan arterial dan merangsang pengedaran darah. Pada masa yang sama, mustard mempunyai sifat-sifat antiradang.
Mustard juga merupakan herba dengan pelbagai kegunaan. Mengikut sejarah, mustard memiliki tëmpat penting dalam perubatan. Orang Greek zaman dahulu percaya, herba ini telah dicipta oleh Asciepious. Walaupun minyak pati mustard adalah bahan iritasi yang boleh menyebabkan kulit melepuh, tetapi apabila dicairkan dan dibubuh pada linimen atau tuaman, ia dikatakan boleh memberi rasa panas dan melegakan.
Mustard Herba Untuk Merawat Masalah Sendi
Selama bertahun-tahun juga mustard telah digunakan untuk melegakan sengatan kala jengking dan ular, epilepsi, sakit gigi, lebam-lebam, kejang leher, reumatisme, kolik dan masalah pernafasan.
Mandian mustard dikatakan boleh merawat sakit kepala, selesema dan batuk. Pengambilan satu sudu biji mustard sebanyak 2 atau 3 kali sehari dikatakan mampu memberi kesan penjulap. Biji mustard tidak kiralah sama ada putih atau hitam dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah pernatasan. Bagi mereka yang
mengalami masalah kurang selera makan, keadaan itu dikatakan boleh dilegakan melalui cara pengambilan biji-biji mustard yang telah dilarutkan ke dalam segelas susu.
mengalami masalah kurang selera makan, keadaan itu dikatakan boleh dilegakan melalui cara pengambilan biji-biji mustard yang telah dilarutkan ke dalam segelas susu.
Ramuan ini boleh diambil 15 minit sebelum waktu makan. Masalah asma dan bronkitis pula dikatakan boleh dirawat melalui cara menampal ramuan pes serbuk mustard hitam pada kawasan dada selama kira-kira 20 minit. Selepas rasa panas pada dada telah semakin kurang, buangkan pes ini dan kemudian lindungi dada dengan material panas.
Bagi mengatasi masalab sakit kepala, atau sakit yang disebabkan pendedahan terlalu lama pada kesejukan boleh dikurangkan melalui cara merendam satu beg kecil mengandungi 200 gram biji mustard hitam dalam air mandian. Biarkan ia terendam selama 10 minit dan kemudian keluarkannya daripada air mandian. Kesan sakit reumatik dan neuralgia juga dikatakan boleh dikurangkan melalui penggunaan cara yang sama dalam mandian biasa.
Masalah keracunan atau kemabukan dikatakan boleh dirawat melalui cara meminum segelas air yang telah dicampurkan dengan serbuk biji mustard hitam ketika perut masih kosong. Ramuan ini boleh mencetuskan muntah dan sekali gus membenarkan bahan toksid keluar daripada perut.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan kebaikan mustard, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak..
Herba Meningkatkan Kekuatan Seks Menambah saiz Zakar>>
No responses yet
Makanan Yang Boleh Melangsingkan Badan
Makanan Yang Boleh Melangsingkan Badan

Selama bertahun-tahun makanan yang mengandungi sumber karbohidrat sering diketepikan oleh mereka yang menjalani program diet. Nasi, roti. pasta, kentang dan sebagainya dianggap sebagai punca kegemukan.
Namun, kini anda tidak lagi perlu menghiraukan perkara tersebut. Jika anda tergoda dengan kenikmatan makanan-makanan sebegini, teruskan saja niat anda untuk menikmatinya. Menurut kaedah diet dalam buku The Lover’s Diet Garb oleh Ellen Kunes, terdapat teknik tertentu yang boleh digunakan bagi membantu anda makan lebih sedikit bagi membakar kalori dengan lebih banyak.
Dalam kaedah ini, pakar diet ini mencadangkan agar anda mengambil spageti dan kentang. Abaikan saja jika selama ini anda diberitahu ia bertentangan dengan aturan diet. Ini kerana terdapat beberapa makanan dengan sumber karbohidrat mengandungi zat yang apabila dimakan dalam jumlah yang banyak, ia dapat bekerja secara aktif untuk mendorong penurunan berat badan.
Zat tersebut dikenali sebagai resisten. Ia terdapat di dalam makanan seperti pisang, gandum, kacang-kacangan dan kentang. Zat mi amat baik untuk membantu proses metabolisme di dalam tubuh.
Perjalanan zat mi di dalam tubuh melalui sistem pencernaan menghasilkan asid lemak yang merangsang penghasilan enzim lemak terutama di daerah perut, seterusnya mendorong hati untuk membakar lemak, mempertahankan massa otot sehingga menggalakkan metabolisme serta meningkatkan harmon kenyang.
Berkenaan dengan diet rendah karbohidrat pula, para pengkaji di Amerika Syarikat dalam kajian mereka mendapati bahawa diet rendah kathohidrat ini banyak mendatangkan kesan buruk. Rata-rata wanita yang mengambil makanan rendah karbohidrat memiliki memori yang lebih buruk berbanding mereka yang tetap mengambil karbohidrat dalam menu mereka.
Frances Largeman-Roth, yang juga antara penulis buku The I Lover’s Diet Garb ini berkata, jaminan penurunan berat badan dengan kaedah ini lebih cepat, tetapi ia akan memberikan kesan jangka panjang. Kedua-duanya percaya diet ini sukar diikuti, tidak semula jadi dan tidak efektif untuk tempoh waktu yang panjang. Menurutnya, tubuh dan otak telah berevolusi untuk makan makanan bertepung dan tidak boleh ditahan.
Kunes dan Largeman-Roth juga telah merancang dan menguji diet yang menjanjikan penurunan berat badan tanpa penolakan karbohidrat ini, dengan tertumpu pada pati resisten. Kedua-duanya telah mengutip lebih daripada 200 kajian daripada pelbagai universiti ternama di seluruh dunia. Kesimpulan daripada pelbagai kajian pati resisten merupakan penekan natsu makan yang efektif dan pembangkit metabolisme.
Makanan Yang Boleh Melangsingkan Badan
Makan lebih karbohidrat boleh membakar lebih kalori. Kajian di University of Surrey mendapati bahawa mengambil pati resisten dalam satu hidangan menyebabkan seseorang mengambll 10 peratus kalori Iebih sedikit pada hari berikutnya kerana merasa tidak terlalu lapar. Kebanyakan wanita mengambil antara 150 kalori hingga 200 kalori setiap hari.
Di dalam penyelidikan lain pula menunjukkan bahawa pati resisten ini meningkatkan lagi aktiviti enzim pembakar lemak serta mengurangi aktiviti enzim penyimpan lemak. Ini bermakna, sel-sel lemak perut kurang aktif untuk mengambil dan menyimpan kalori menjadi lemak.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa menambahkan pati resisten pada makanan pagi, sudah mencukupi untuk mengikis lemak dan dalam tubuh. Hal ini seterusnya memungkinkan anda untuk membakar hampir 25 peratus kalori lebih banyak setiap hari.
Sebahagian besar dari kita, secara semula jadinya akan mengambil sekitar 4.8 gram pati resisten setiap hari.
Sebahagian besar dari kita, secara semula jadinya akan mengambil sekitar 4.8 gram pati resisten setiap hari.
Namun, penulis buku ini juga percaya meningkatkan pengambilan pati resisten sehingga 10 kali ganda, menjadi 15 gram sehari cukup untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan lebih cepat lagi. “Jika diet ini dilakukan selama tujuh hari, makanan yang boleh melangsingkan badan kami menjamin berat badan anda akan turun dengan lebih cepat lagi berbanding diet rendah karbohidrat yang sering diamalkan sebèlum ini,” ujar Kunes dan Largeman-Roth.
Cara Menjaga Kecantikkan Dan Keputihan Gigi
Cara Menjaga Kecantikkan Dan Keputihan Gigi

Tahukah anda?? Gigi adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kite. Tanpa gigi mungkin kita akan sukar untuk mengunyah makanan sebelum menelannya masuk kedalam perut. Selain itu, gigi juga merupakan asset kecantikkan pada setiap manusia. Sebab itu kita harus tahu bagaimana cara menjaga kecantikkan dan keputihan gigi. Selain dengan kaedah moden, penggunaan bahan-bahan semula jadi juga boleh membantu anda untuk memdapatkan gigi yang cantik dan menawan.
Kenali Masalah Gigi
Tidak semua kotoran di gigi disebabkan masalah yang sama. Oleh itu, ia memerlukan rawatan yang berbeza dan tidak ada satu cara pemutihan gigi yang boleh mengatasi semuanya.
Tidak semua kotoran di gigi disebabkan masalah yang sama. Oleh itu, ia memerlukan rawatan yang berbeza dan tidak ada satu cara pemutihan gigi yang boleh mengatasi semuanya.
Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar gigi yang bertauliah tentang masalah gigi anda serta pemilihan makanan, minuman dan rutin penjagaan gigi anda. Ini bagi membantu dan memudahkan doktor mengetahui punca masalah gigi serta rawatan yang sesuai untuk masalah gigi anda.
Elakkan Dari Penyalahgunaan Strip Pemutih Gigi
Strip pemutih gigi ni juga adalah salah satu faktor dan penyebab masalah kelemahan pada sel gigi. Terlalu kerap menggunakan gel atau strip pemutih gigi boleh menyebabkan gigi mudah sensitif dan boleh mandatangkan rasa ngilu ketika makan makanan panas atau sejuk.
Strip pemutih gigi ni juga adalah salah satu faktor dan penyebab masalah kelemahan pada sel gigi. Terlalu kerap menggunakan gel atau strip pemutih gigi boleh menyebabkan gigi mudah sensitif dan boleh mandatangkan rasa ngilu ketika makan makanan panas atau sejuk.
Kurangkan Minum Minuman Berwarna Atau Makanan Asam
Selain mendapatkan rawatan profesional dari pakar ataupun penggunaan produk memutihkan gigi, ada cara lain untuk memastikan gigi kelihatan putih dan cantik. Elakkan dari mengambil minuman seperti kopi atau teh dan sebaiknya anda mengunakan straw jika mahu minum. Kaedah ini membantu menghindari minuman berkenaan melekat terus pada gigi anda.
Selain mendapatkan rawatan profesional dari pakar ataupun penggunaan produk memutihkan gigi, ada cara lain untuk memastikan gigi kelihatan putih dan cantik. Elakkan dari mengambil minuman seperti kopi atau teh dan sebaiknya anda mengunakan straw jika mahu minum. Kaedah ini membantu menghindari minuman berkenaan melekat terus pada gigi anda.
Selain itu hindari juga dari mengambil asam seperti limau untuk memastikan elemen gigi sentiasa teguh dan kuat. Makanan seperti asam akan membuatkan sel gigi anda mudah rapuh dan ini akan menyebabkan gigi anda mudah gontak, goyang dan terus tertanggal dari gusi.
Cara Menjaga Kecantikkan Dan Keputihan Gigi
Bagi anda yang memakai braces atau kawat gigi tetapi ingin memiliki senyuman yang menawan, anda boleh cuba dapatkan braces atau kawat gigi yang berbagai warna mengikut citarasa anda yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi anda juga harus meminta nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Bagi anda yang memakai braces atau kawat gigi tetapi ingin memiliki senyuman yang menawan, anda boleh cuba dapatkan braces atau kawat gigi yang berbagai warna mengikut citarasa anda yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi anda juga harus meminta nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Bagi yang telah memakai kawat gigi, pastikan anda menitik beratkan hal penjagaan dan kebersihan gigi bagi mengelakkan daripada bau mulut, kerosakkan gigi serta perubahan warna gigi dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa tip untuk menjaga kecantikan dan keputihan gigi:
Berikut adalah beberapa tip untuk menjaga kecantikan dan keputihan gigi:
Berus gigi secara teratur setiap kali selepas makan bagi mengelakkan makanan melekat pada celah-celah gigi. Pastikan juga anda memilih berus gigi yang berbulu lembut selain menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Berus gigi anda sekurang-kurangnya 4-7 minit agar dapat menyinkirkan bakteria pada gigi.
Gunakan benang gigi (dental floss) beberapa kali dalam sehari terutama untuk membuang makanan yang melekat di celah-celah gigi dan tidak dapat di capai oleh berus gigi. Proses menggunakan benang gigi ini mengambil masa sedikit bagi memastikan gigi benar-benar bersih dan segala kotoran yang melekat dapat di tanggalkan.
Berkumur dengan cecair pembersih mulut (mouth wash) untuk membunuh bakteria yang melekat pada gigi dan mulut. Ini adalah untuk mengelakkan mulut anda dari berbau.
Jauhi minuman bersoda atau minuman lain yang mengandungi karbon dioksida dan bersifat asid yang boleh menyebabkan plak di sekitar celah dan ruang gigi. Jauhi makanan yang keras atau kenyal seperti daging dan air batu.
Kunjungi doktor gigi secara rutin untuk melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya satu kali dalam enam bulan. Begitulah Teknik dan Cara Menjaga Kecantikkan Dan Keputihan Gigi.
