Teknik Dan Cara Memerah Susu Ibu
Teknik Dan Cara Memerah Susu Ibu

Sebagai bu, anda disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur enam bulan. Bahkan,penyusuan susu ibu digalakkan untuk diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun kerana susu ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi dan ibu sendiri.
Fedah susu ibu kepada bayi seperti termasuk melindungi bayi daripada jarigkitan penyakit, membantu perkembangan daya intelek yang lebih baik dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik di usia apabila dewasa kemudian hari. Malah, penyusuan susu ibu juga dapat memberi faedah kepada ibu membantu mengecutkan rahim dan, mengurangkan risiko barah payudara dan ovani. Susu ibu juga mengeratkan kasih sayang ibu dan anak, imuniti dan perkembangan minda bayi
Namun, ramai di kalangan ibu-ibu yang bekerja, penyusuan susu ibu adalah satu situasi yang merunsingkan apabila hampir tiba masanya untuk kembali bekerja setelah habis berpantang. Hakikatnya, penyusuan boleh diteruskan dan per]u diteruskan walaupun ibu telah sudah mula kembali bekerja. Cuma, apa yang perlu dilakukan adalah:
1. Ibu perlu membuat perancangan dan persediaan awal sebelum mula bekerja di samping mempelajari cara-cara yang betul untuk pemerahan susu ibu, kaedah penyimpanan susu ibu dan kaedah mencairkan susu perahan yang telah dibekukan.
2. Ibu juga perlu dinasihatkan untuk memulakan latihan pemerahan susu, dan memberi bayi susu ibu yang diperah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mula bekerja. Ibu-ibu boleh merujuk kepada Jadual Latihan Pemberian Susu Ibu Perahan kepada bayi seperti yang dipaparkan di dalam ruangan ini, sebelum kembali bekerja.
Teknik Dan Cara Memerah Susu Ibu
Ibu-ibu perlu mempelajari cara pemerahan susu ibu, kaedah penyimpanan susu ibu dan kaedah mencairkan susu perahan yang telah dibekukan. Ibu-ibu boleh merujuk kepada Jadual Latihan Pembenian Susu Ibu Perahan kepada bayi sebelum ibu kembali bekerja.
Kaedah pemerahan susu dengan menggunakan tangan adalah cara yang paling mudah, berguna dan bersih.
Kaedah pemerahan susu dengan menggunakan tangan adalah cara yang paling mudah, berguna dan bersih.
Ia tidak menggunakan sebarang peralatan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Caranya, sebelum melakukan pemerahan susu dengan tangan, pastikan tangan ibu dibersihkan dengan menggunakan sabun dan air bersih. Bersihkan kawasan areola dan puting dengan menggunakan air suam.
Sebelum melakukan pemerahan tenangkan fikiran, dan bayangkan wajah bayi anda untuk merarangsang pengaliran susu. Kemudian lakukan perkara-perkara benikut:
1. Lakukan urutan perlahan-lahan pada payudara ke arah puting atau tuam
panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu. Pastikan ibu duduk atau berdiri dengan selesa dan pegang bekas dekat dengan payudara ibu.
panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu. Pastikan ibu duduk atau berdiri dengan selesa dan pegang bekas dekat dengan payudara ibu.
2. Ibu perlu merasa kawasan hujung areola (tampuk hitam) sehingga menjumpai kawasan di mana payudara yang mempunyai rasa yang berbeza. Ibu akan merasai seperti berbiji-biji. Ini adalah kawasan di mana terletaknya saluran susu.
3. Letakkan ibu jari pada kawasan berbiji-biji tersebut dan jari telunjuk diletakkan bertentangan ibu jari atau sebaliknya. Ibu boleh mengampu payudara dengan jari yang lain atau menggunakan tangan yang sebelah lagi.
4. Tekan payudara ke belakang, ke arah dada dan kemudian dengan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak. ni akan membantu pengeluaran susu.
5. Tekan dan lepaskan, tekan dan lepaskan berulang kali sehingga susu menitis keluar. Ulangi beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara.
6. Perah susu ke dalam bekas yang bersih dan disteril.
7. Perah setiap payudara. Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya
pengaliran susu telah berhenti. Ibu boleh berhenti seketika dan mengurut payudara untuk merangsang aliran susu dan menyambung perahan semula.
pengaliran susu telah berhenti. Ibu boleh berhenti seketika dan mengurut payudara untuk merangsang aliran susu dan menyambung perahan semula.
8. Setelah selesai, sapukan titik susu ke atas puting dan keringkan puting.
9. Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam satu bekas untuk satu kali penyusuan sahaja.
Cubalah Teknik Dan Cara Memerah Susu Ibu dengan cara yang terbaik.

No comments:
Post a Comment