Sambutan Tahun Baru 2012 di Putrajaya
PUTRAJAYA 30 Dis. - Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Belia Malaysia dan radio KLfm akan mengadakan Karnival Mini Hari Belia Negara (HBN) dan Konsert Ambang Tahun Baru 2012 di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya pada 30 Disember hingga 1 Januari ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memberitahu, karnival itu sebagai persediaan kepada program Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya yang menyasarkan penglibatan dua juta belia pada Mei tahun depan.
Sasaran kementerian pada Karnival Mini HBN ini adalah bagi menghimpun 40 ribu anak muda. Kita menyediakan 100 acara persembahan, pertandingan serta 300 gerai jualan dan pameran. Satu konsert juga diadakan dengan acara kemuncaknya merupakan 'countdown' untuk Tahun Baru 2012," kata kenyataan itu.

No comments:
Post a Comment