Friday, 30 December 2011

Hidangan Kerabu

Kerabu Ayam Cili Padi





Bahan-bahan:
400 gm isi ayam yang telah direbus
30 gm cili padi - dihiris halus
50 gm bawang besar - dihiris halus
50 gm cili merah - dicincang halus
50 gm cili hijau - dicincang halus
30 gm serai - dihiris halus
30 gm bunga kantan - dihiris halus
2 biji limau nipis - diambil jusnya
30 gm sambal belacan
1/2 sudu teh garam
1/3 sudu teh gula
Cara menyediakan:
1. Ambil satu bekas, masukkan isi ayam.
2. Masukkan cili padi, bawang besar, cili merah dan cili hijau.
3. Masukkan juga serai, bunga kantan dan jus limau nipis.
4. Sendukkan sambal belacan, garam dan gula.
5. Gaulkan kesemua bahan ini.
6. Bolehlah dihidangkan.

Kerabu Selom Sardin



Bahan-bahan:
2 ikat daun selom - dibersihkan dengan garam dan dituskan
1 tin kecil sardin - ambil isinya sahaja
1 biji limau nipis - diperah jusnya
1 sudu besar air asam jawa
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
10 tangkai cili api - ditumbuk halus
1 sudu besar udang kering - direndam dan ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Daun selom dihiris halus.
2. Ikan sardin dihancurkan sebelum digaulkan dengan daun selom.
3. Masukkan bawang besar, cili api, air asam jawa, jus limau nipis, udang kering, serbuk lada hitam, garam dan gula.
4. Kemudian gaul kesemua bahan ini sehingga rata.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama 

Kerabu Sotong Mangga

Bahan-bahan:
2 biji mangga muda - dibuang kulit dan diracik halus memanjang
15 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
350 sotong - bersihkan dan dipotong kecil
4 sm halia - dihiris halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Rebus sotong dengan sedikit air hingga masak.
2. Tambahkan juga sedikit garam.
3. Di dalam mangkuk, campurkan sotong, mangga muda, cili padi, halia, garam dan gula.
4. Gaul rata dan hidangkan

Salad Limau dan Avocado


Bahan-bahan untuk salad:
3 biji limau manis - dibuang kulit dan dihiris nipis
2 biji tomato - dihiris nipis
2 biji avocado - dihiris nipis
100 gm daun salad
Bahan-bahan untuk sos:
1/2 cawan minyak zaitun
1/4 cawan cuka balsamic
1 ulas bawang merah
2 camca besar capers
3 keping ikan bilis jeruk
1 sudu kecil gula
1/4 cawan hirisan badam - dipanggang
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Jus dari sebiji limau
Cara menyediakan:
1. Masukkan kesemua bahan sos ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar bahan-bahan ini sehingga sebati.
3. Sajikan bersama bahan

Kerabu Buah-buahan



Bahan-bahan:
2 biji buah kedondong
2 biji epal hijau
4 ulas nangka masak
Sedikit potongan buah tembikai
Sedikit buah jambu air
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili sos
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Semua buah-buahan dihiris halus.
2. Masukkan gula, sos cili dan sedikit garam.
3. Gaul rata kesemua bahan.
4. Biarkan selama lima minit.
5. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment